KOLEKSI ABSTRAK PENYELIDIKAN

Sila hubungi dr_tini@yahoo.com atau kartini@pendidikguru.edu.my

untuk artikel penuh

AN EVALUATION OF SECONDARY SCHOOL’S SOLID WASTE RECYCLING PROGRAMME IN THREE MUNICIPAL
COUNCILS OF SELANGOR

Ahamad Shabudin Yahaya1, PhD
Azizi Muda2, PhD
Kartini Abdul Mutalib1, PhD

1Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia.
2Department of Geography, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

Abstract

The goals of the Solid Waste Recycling Programme in secondary school conducted by the municipal councils in Selangor are to enhance students’ knowledge and attitude towards the programme. However since the programme was introduced in 1998, there has not been any evaluation on its effectiveness. Therefore the purpose of this study is to determine the implementation level of Solid Waste Recycling Programme of secondary schools in three municipal councils in Selangor using Stufflebeam’s CIPP Model of Evaluation with focus on two components of the model - the dimension of process (the dissemination of information about the programme, the programme equipment and materials, the school administrators’ support, the monitoring system, the appraisal-recognition system, and also problems during the implementation of the programme) and the dimension of product (the level of students’ knowledge and attitude towards Solid Waste Recycling Programme). In this survey research, there are 360 form four students from 12 secondary schools of three municipal councils (that are Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya and Majlis Perbandaran Klang in Selangor) were simple randomly chosen as the samples. The dimension of product questionnaire used in this study was developed by the researcher while the dimension of process  questionnaire was adapted from Azizi Yahaya (1999); Jamil Ahmad (2002); Shapiee Lugom (2002); Norasmah Othman (2002); Ghazali Darusalam (2003) and Tonglet, Philips dan Bates (2004). The findings of this study indicated that all factors in dimension of process were at moderate level (M = 2.34 - 3.66, SD = 0.49 - 0.76). From the perspective of product evaluation, this study clearly revealed that the students’ knowledge towards Solid Waste Recycling Programme were high (M = 3.80, SD = 0.33) while the students’ attitude towards Solid Waste Recycling Programme were positive (M = 3.63, SD = 0.39). The findings also showed that there was a significant positive and low relationship (r = .153**) between the dissemination of information about the programme and the students’ knowledge. There was also a significant positive and low relationship between the dissemination of information about the programme (r =. 239**), the programme equipments and materials (r = .223**), the school administrators’ support (r = .148**) and the students’ attitude. But there was a significant negative and low relationship between the problems during the implementation of the programme and the students’ knowledge (r =.-.134**). There was also a significant negative and low relationship between the problems during the implementation of the programme and the students’ attitude (r =.-.134**). Multiple Regression Analysis revealed that the dissemination of information about the Solid Waste Recycling Programme (X1), the monitoring system (X4) and the problems during implementation of the programme (X6) were the prime significant factors (predictors) to the students’ knowledge (dimension of product, Y1)  that contribute as much as 8% [R2 = 0.08; n = 360, F (6,353) = 5.043; p< .05]. Multiple Regression Analysis also revealed that the dissemination of information about the Solid Waste Recycling Programme (X1) and the programme equipments and materials were the prime significant factors (predictors) to the students’ attitude (dimension of product, Y2) that contribute as much as 7.9% [R2 = 0.079; n = 360, F (6,353) = 5.044; p<.05]. The implementation of the Solid Waste Recycling Programme of secondary school in the three Municipal Councils in Selangor was found moderately effective in enhancing the students’ knowledge and attitude towards the programme. A specific  policy, procedure and action consists of the evaluation process aspects such as monitoring schools’ solid waste recycling bin, monitoring schools’ waste recycling activity and monitoring the schools’ total solid waste recycling collection must be done to identify the effectiveness of the Solid Waste Recycling Programme implementation.


SCIENCE PROCESS SKILLS KNOWLEDGE AND ATTITUDE AMONG PRIMARY SCHOOL SCIENCE TEACHERS IN DAERAH MANJUNG PERAK: A PILOT STUDY

Kartini Abdul Mutalib1, PhD
Badariah Hashim1
Ahamad Shabudin Yahaya1, PhD

1Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia.
.
Abstract


Most literature review reported that many students are lacked of science process skills necessary to conduct scientific inquiry even at the most simple level because most teachers do not provision students with required skills. Therefore the purpose of this study are to investigate the primary science teachers’ knowledge level towards science process skills; to identify the primary science teachers’ attitude level towards the implementation of science process skills; to study the relationship between primary science teachers’ attitude and their knowledge towards science process skills and to determine the relationship between primary science teachers’ perception on government policy of science curriculum and their knowledge towards science process skills. In this survey, 30 primary school science teachers in Daerah Manjung Perak were simple randomly chosen as the samples. The instruments of knowledge, perception and attitudes used in this study were developed by the researchers using expertise references method. The reliability indexes of Alpha Cronbach for the instruments were more than 0.732. Results analysis of this pilot study indicated that the primary science teachers’ knowledge towards science process skills is at moderate level (M = 72.11, SD = 15.34) but the teachers’ attitude towards the implementation of science process skills level is positive (M = 3.62, SD = 0.41). The finding of this study showed that there is no significant relationship between teachers’ attitude towards the implementation of science process skills and their knowledge towards science process skill (r =.184, n = 30, p >.05). The relationship between teachers’ perception on government policy of science curriculum and their knowledge towards science process skills was also not significant (r =.116, n = 30, p >.05).

PENILAIAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Badrul Hisham Alang Osman, PhD
Rosli Sahat, PhD
Ahamad Shabudin Yahaya, PhD
Choong Lean Keow, PhD
Kamaruddin Ilias

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai Program Amalan Profesional Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Tiga dimensi yang dinilai dalam kajian ini ialah kesesuaian, kecekapan dan keberkesanan program. Sampel kajian terdiri daripada 42 orang pentadbir IPG, 123 orang pensyarah dan 185 orang guru pelatih PISMP Semester 7 yang dipilih secara persampelan rawak berstrata daripada lima buah IPG. Data kuantitatif dan kualitatif dikutip menggunakan kaedah tinjauan melalui pentadbiran soal selidik. Semua data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya min komponen input, proses dan produk Program Amalan Profesional berada di tahap yang sangat sesuai, sangat cekap dan sangat berkesan. Walau bagaimanapun aspek kesesuaian dan keberkesanan input bagi infrastruktur dan infostruktur, proses bimbingan dan jumlah hari/jam interaksi PBS, praktikum dan internship di IPG perlu diberi tumpuan untuk tujuan penambahbaikan program.



PENILAIAN AWAL KE ATAS KEBERKESANAN BAHAN INTERPRETASI DI PUSAT PENEMUAN HUTAN
HUJAN SEPILOK

Arni-Natalia Arpa ¹
Maznah Mahali ¹
Kartini Abdul Mutalib ², PhD

  ¹ Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
² Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia

Abstrak

Satu kajian telah  dijalankan di Pusat Penemuan Hutan Hujan Sepilok, Sandakan Sabah dengan tujuan untuk menilai keberkesanan bahan interpretasi yang disediakan di pusat tersebut ke arah meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan hutan bagi para pelawat pandu diri. Seramai 174 orang responden telah diminta untuk menjawab borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan maklumat, sumber-sumber dan fakta yang dibangunkan di pusat interpretasi. Kumpulan responden dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan A (87 responden) dan kumpulan B (87 responden). Responden Kumpulan A menjawab set soalan yang sama dua kali, iaitu sebelum (pra) dan selepas (pos) lawatan di pusat tersebut. Walau bagaimanapun, responden kumpulan B hanya menjawab ujian pos selepas lawatan sahaja. Pendekatan ini digunakan dengan tujuan untuk mengurangkan sebarang kemungkinan bias di dalam dan di antara kedua-dua kumpulan.  Analisis Ujian-t sampel berpasangan telah digunakan untuk membandingkan skor min yang dicapai oleh responden kumpulan A semasa ujian pra dan pos tinjauan dilakukan. Ujian-t sampel tidak bersandar pula digunakan untuk membandingkan skor min yang diperolehi oleh responden dalam ujian pos tinjauan bagi kedua-dua kumpulan A dan kumpulan B. Hasil kajian ini mendapati terdapat peningkatan yang signifikan (p=0.030) bagi pengetahuan dan pemahaman tentang kepentingan dan keunikan hutan hujan tropika kita dalam kalangan pengunjung, yang mana merupakan tujuan utama penubuhan pusat tersebut.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pos kumpulan A dan ujian pos kumpulan B (p=0.062) menunjukkan bahawa penilaian tinjauan awal tidak menyumbang kepada kewujudan bias dalam dapatan kajian.  Hasil kajian ini turut membuktikan bahawa sesebuah pusat interpretasi yang seumpama ini, berupaya menjadi satu alat penting dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan konservasi sumber alam semula jadi negara seperti hutan dalam kalangan masyarakat.


POLA MISKONSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP KONSEP NOMBOR INTEGER DAN NOMBOR NEGATIF
DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH

Ahamad Shabudin Yahaya, PhD
Kartini Abdul Mutalib, PhD

 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia

Abstrak


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola-pola miskonsepsi terhadap konsep nombor integer dan nombor negatif dalam kalangan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Ipoh Perak. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian kes jenis instrinsik menggunakan pendekatan kualitatif. Data kajian dikumpul melalui pentadbiran ujian bertulis kepada lima orang sampel kajian yang dipilih secara purposif dari kelas yang sama berasaskan skor pencapaian ujian Matematik dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kaedah triangulasi juga dijalankan melalui analisis dokumen terhadap skrip ujian oleh dua orang penyelidik, temu bual dengan kelima-lima sampel kajian serta temu bual dengan seorang guru Matematik yang mengajar para pelajar yang terlibat dalam kajian. Keputusan kajian ini mendapati terdapatnya beberapa jenis pola miskonsepsi wujud dalam kalangan sampel terhadap konsep nombor negatif khususnya dalam kemahiran mengaplikasikan simbol atau tanda bagi mewakili pernyataan; mengenal pasti dan menakrifkan nombor integer dan nombor negatif; melukis garis nombor dan menanda nombor tertentu pada garis nombor; penambahan dua integer dan penambahan tiga integer serta juga penambahan integer menggunakan garis nombor.


PENGGUNAAN KAEDAH KUBELA UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP PENGELUAR DAN PENGGUNA
 BAGI TUJUH ORANG MURID TAHUN 5 IBNU SINA

Muhammad Izzat Asyraf Ab Aziz
Kartini Abdul Mutalib, PhD
Badariah Hashim
Ahamad Shabudin Yahaya, PhD

 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta Perak, Malaysia

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membaiki amalan guru dengan cara menggunakan kaedah KUBELA bagi meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 terhadap konsep Sains khususnya konsep “Pengeluar dan Pengguna” subtopik bagi tajuk “Rantai Makanan”. Seramai tujuh orang murid yang terdiri daripada empat orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan Tahun 5 Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan Tun Dr. Ismail, Padang Rengas terlibat dalam kajian ini. Data-data kajian dikumpulkan serta ditriangulasikan melalui tiga jenis kaedah iaitu ujian, pemerhatian dan juga temu bual. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian pos, borang senarai semak dan juga soalan-soalan temu bual. Berasaskan analisis data ujian pra dan pos, berlaku peningkatan peratusan skor markah murid sebanyak 59% dalam ujian pos (88%) berbanding dengan ujian pra (29%). Keputusan yang diperolehi daripada borang senarai semak pemerhatian juga menunjukkan 71% murid dapat mengenal pasti konsep “Pengeluar dan Pengguna” dengan jayanya. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kesemua empat orang murid yang ditemu bual bersetuju bahawa kaedah KUBELA yang digunakan oleh guru dapat membantu mereka mengenal pasti konsep “Pengeluar dan Pengguna”. Pada keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa penggunaan Kaedah KUBELA dalam kajian tindakan ini dapat memberikan impak yang positif dan meningkatkan kefahaman murid dalam mengenal pasti konsep “Pengeluar dan Pengguna”.

 KESEDIAAN PROFESIONAL, PENGETAHUAN PEDAGOGI SAINS DAN KEMAHIRAN LATIHAN MENGAJAR GURU-GURU PELATIH KPLI MINOR SAINS DI SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Badariah Hashim
Ahamad Shabudin Yahaya, PhD
Hasnira Embong

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia

Abstrak

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji hubungan antara kesediaan profesional, pengetahuan pedagogi Sains dengan kemahiran latihan mengajar dalam kalangan guru-guru pelatih KPLI minor Sains di IPG Kampus Ipoh. Seramai 54 orang guru pelatih telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden dalam kajian ini. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang mempunyai nilai Alpha Cronbach 0.815. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan profesional dengan kemahiran latihan mengajar (r=.222; p>0.05); dan tiada hubungan yang signifikan antara pengetahuan pedagogi Sains dengan kemahiran latihan mengajar (r=.209; p>0.05) dalam kalangan guru-guru pelatih opsyen minor Sains di IPG Kampus Ipoh. Walaubagaimanapun dapatan kajian mendapati kesediaan profesional, pengetahuan pedagogi Sains dan kemahiran latihan mengajar guru-guru pelatih berada di tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa masih wujudnya suatu jurang antara kesediaan profesional dan pengetahuan pedagogi Sains dengan kemahiran latihan mengajar dalam kalangan guru-guru pelatih minor Sains selepas menjalani kursus selama satu tahun di IPG Kampus Ipoh.


PENGGUNAAN MODEL INOVASI ‘REFLEX-VERSI 1.0’ KE ARAH MENINGKATKAN PENGETAHUAN GURU PELATIH DALAM
KONSEP ARKA REFLEKS

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Ahamad Shabudin Yahaya, PhD
Rosli Sahat, PhD

Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk memperbaiki kaedah pengajaran pembelajaran Biologi bagi meningkatkan pengetahuan guru pelatih terhadap konsep Arka refleks dengan menggunakan Model Inovasi “Reflex-Versi 1.0”. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada satu unit orang guru pelatih PPISMP pengkhususan Sains semester dua di sebuah Institut Pendidikan Guru. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan Model Inovasi yang dinamakan “Reflex-Versi 1.0’ dalam usaha ke arah meningkatkan pengetahuan melabel dan menerang konsep Arka reflek dalam kalangan guru-guru pelatih Sains berasaskan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan McTaggart. Tinjauan awal mendapati bahawa tiada bahan bantu mengajar tentang tajuk arca refleks yang dibina dalam bentuk model secara konkrit bagi memudahkan guru pelatih membina pengetahuan yang kukuh tentang impuls saraf. Data kajian ini dikumpulkan secara triangulasi kaedah iaitu melalui pemerhatian, temu bual dan juga ujian bertulis. Dapatan kajian ini mendapati kaedah menggunakan Model Inovasi “Reflex-Versi 1.0” dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi dapat membantu guru pelatih menguasai pengetahuan untuk melabel model Arka refleks dan menerangkan konsep Arca Refleks dengan betul di samping menunjukkan peningkatan min markah sebanyak 40.5 peratus dalam ujian pos berbanding ujian pra.


APLIKASI PAPER TOUR BAGI MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DAN PENGETAHUAN SĪRAH DALAM KALANGAN

GURU-GURU PELATIH PPISMP


Ai’sah Abol
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Shaharuddin Sha’ari, PhD
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membaiki amalan pedagogi pendidik guru dengan menggunakan kaedah pembelajaran ‘Paper Tour’ yang diadaptasi daripada kaedah ‘Gallery Tour’. Tujuan kaedah ini digunakan adalah bagi memupuk minat membaca dan meningkatkan pengetahuan guru-guru pelatih terhadap Sīrah Muhammad bin Abdullah dalam kandungan kursus AG 1351 (R) Pendidikan Islam. Seramai 41 orang guru pelatih PPISMP IPG Kampus Ipoh, yang terdiri daripada 13 orang  guru pelatih lelaki dan 28 orang guru pelatih perempuan terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpul dan ditriangulasikan dengan menggunakan tiga jenis kaedah iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan juga temu bual. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah ‘Paper Tour’ amat membantu guru pelatih dalam meningkatkan minat membaca bahan ilmiah di samping dapat meningkatkan pengetahuan terhadap isi kandungan Sīrah Muhammad bin Abdullah. Selain daripada itu kajian ini mendapati bahawa pengetahuan guru pelatih dapat ditingkatkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah yang dinamik. Kaedah ini juga meningkatkan motivasi, inspirasi dan usaha penyelidik untuk menjadi pendidik guru.





MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ISI PELAJARAN DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN  PETA PEMIKIRAN PROGRAM i-THINK

Salmah Abol
Jabatan Pendidikan Agama dan Moral

 Ai’sah Abol
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

 Asad Awang
Jabatan Pendidikan Agama dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta Perak, Malaysia

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran menulis isi pelajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan Islam bagi kursus Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah bagi guru pelatih Tahun 2 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Seramai sepuluh orang guru pelatih, terdiri daripada lima orang lelaki dan lima orang perempuan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh terlibat dalam kajian ini.  Data kajian dikumpulkan serta ditriangulasikan melalui tiga jenis kaedah iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual berstruktur. Berasaskan analisis dokumen hasil kerja guru pelatih berlaku peningkatan  skor markah guru pelatih sebanyak 47 peratus iaitu daripada 40 peratus kepada 87 peratus. Keputusan yang diperolehi daripada borang senarai semak pemerhatian mendapati 80 peratus guru pelatih berjaya mengenal pasti dan menulis isi pelajaran yang betul. Dapatan kajian ini juga menunjukkan kesemua tujuh orang guru pelatih yang ditemu bual bersetuju bahawa penggunaan peta pemikiran program i-THINK dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran menulis isi pelajaran dalam RPH. Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa penggunaan peta pemikiran program i-THINK dalam kajian tindakan ini telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran  menulis isi pelajaran RPH dalam kalangan guru pelatih.  


PELBAGAI JENIS PENYAKIT, PENCEGAHAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Jabatan Sains,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Abstrak


Semakin hari semakin ramai orang terkena jangkitan pelbagai penyakit yang berbahaya dan boleh membawa kepada kematian seperti AIDS/HIV, H1N1, malaria, denggi dan juga kanser akibat daripada kurangnya pendedahan maklumat dan pendidikan tentang penyakit-penyakit tersebut. Penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti AIDS, malaria, denggi, H1N1, kanser dan lain-lain penyakit serta penyebabnya seperti bakteria, virus dan juga pelbagai jenis parasit serta patogen yang lain di samping untuk meningkatkan usaha, tenaga dan bersatu hati dalam tindakan melalui pendidikan bagi menyebarkan maklumat tentang pelbagai jenis penyakit berbahaya serta hubungannya dengan penjagaan alam sekitar. Penulisan ini menggunakan kaedah metakognitif iaitu dengan cara membuat rujukan perpustakaan dan analisis terhadap dokumen-dokomen, penulisan dan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit terutamanya penyakit AIDS/HIV, malaria, H1N1 dan lain-lain lagi. Penulisan ini adalah sebagai pencetus bagi kajian yang lebih mendalam tentang pelbagai jenis penyakit merbahaya dan hubungannya dengan penjagaan alam sekitar. Diharapkan penulisan ini juga dapat memberi manfaat bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap pelbagai jenis penyakit merbahaya seperti AIDS/HIV, malaria, denggi, H1N1 dan lain-lain kepada para pemimpin Pandu Puteri khususnya serta kepada ahli-ahli Kadet Pandu Puteri di seluruh Institut Pendidikan Guru di Malaysia amnya.


THE EFFECTIVENESS OF TROPICAL FOREST ECOSYSTEM TEACHING MODULE IN IMPROVING STUDENTS’ KNOWLEDGE AND ATTITUDE

Kartini Abdul Mutalib1, Azizi Muda2, Ahamad Shabudin Yahaya1
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak
Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRACT

Students’ knowledge and attitude towards the environment is an issue of current concern. With respect to this issue, the Department of Environment in collaboration with non-government organizations, local universities and private companies, had designed seven teaching modules to be used for Environmental Education activities in Malaysian Environmental Awareness Camps. Since these modules were first introduced in 1994, there have not been any assessments on their effectiveness. The purpose of this study is to evaluate the effectiveness of one of these modules, that is, the Forest Ecosystem Teaching Module, in improving of students’ knowledge and attitude towards the tropical forest ecosystem.In this study an experimental design with repeated measurements was used. This involved 240 subjects comprising form four students from four secondary schools representing four zones and four states in Peninsular Malaysia. Selection was made by simple random sampling from a list of schools provided by the Department of Environment. The subjects were assigned into two groups that is the treatment group and the control group. The treatment group was evaluated using a pre-test (before the delivery of the module), a first post-test (one day after the delivery of the module) and a second post-test (one month after the delivery of the module). The control group was evaluated only using the pre-test and the first post-test. Each test comprised 30 multiple choice knowledge questions and 30 statements using a five-point Likert attitude scale.The results indicate that for the treatment group, there is a significant difference in the mean score of knowledge (F(118)=53.298, p=0.000, eta2=0.475; α=0.05) and attitude (F(118)=21.818, p=0.000, eta2=0.270; α=0.05) towards the tropical forest ecosystem in both the first and second post-tests compared to the pre-test. For the control group, there was no significant change in the mean score of the students’ knowledge (t(119)=0.421, p=0.674, eta2 =0.001, α = 0.05) and attitude (t(119)=0.279, p=0.674, eta2 =0.006, α = 0.05) towards the tropical forest ecosystem. The results also showed that the improvement in students’ knowledge (47.5%) is higher than the improvement in students’ attitude (27.0%). The results indicate that the use of the Forest Ecosystem Teaching Module for Environmental Education, in the non-formal experiential learning context of Environmental Awareness Camps organized by the Department of Environment, is able to improve students’ knowledge and attitude towards the tropical forest ecosystem. However, the content of the module needs to be expanded, while the teaching and learning activities should be modified, with emphasis on attitude improvement among students.


KEYWORDS. Effectiveness of Teaching Module, Evaluation, Environmental Education, Students’ Knowledge, Attitude, Tropical Forest Ecosystem. 

KEBERKESANAN KURIKULUM PISMP PENGKHUSUSAN PENGAJIAN ISLAM
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Ahamad Shabudin Yahaya, PhD
Ai’sah Abol

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Perguruan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak

Abstrak

Kajian bertujuan untuk memperihalkan keberkesanan kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Pendidikan (PISMP) di sebuah Institut Pendidikan Guru. Reka bentuk yang digunakan ialah jenis tinjauan hirisan rentas. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pelajar semester satu PISMP pengkhususan Pengajian Islam. Instrumen kajian merupakan instrumen yang diguna pakai oleh IPGM dan terdiri daripada skala lima poin Likert. Indeks ketekalan instrumen kajian ialah 0.779. Dapatan kajian mendapati para pelajar sangat bersetuju (85.0%) bahawa kursus-kursus dalam kurikulum PISMP telah berjaya meningkatkan kemahiran mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran pembelajaran, pemahaman dan kesedaran terhadap akauntabiliti profesion keguruan dan juga meningkatkan aplikasi pengetahuan dalam mengurus kehidupan. Pelajar juga sangat bersetuju (82.5%) bahawa kursus-kursus yang dipelajari meningkatkan kemahiran bekerja secara berpasukan. 80.0% pelajar juga amat bersetuju bahawa kesedaran terhadap tanggungjawab sosial, kemahiran berkomunikasi serta daya kepimpinan juga meningkat setelah mengikuti kursus. Namun begitu 50% pelajar mencadangkan agar kurikulum ditambahbaik dengan menawarkan kursus yang memberikan pendedahan kepada penulisan jawi.

Kata Kunci :   Keberkesanan, Kurikulum, Pengajian Islam, Institut Pendidikan                        Guru


PENGETAHUAN TERHADAP PORTFOLIO SEBAGAI ALAT PENTAKSIRAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH
PISMP DI SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU.

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Ahamad Shabudin Yahaya, PhD

 Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan,
IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Abstrak

Portfolio merupakan satu alat yang seringkali digunakan untuk pentaksiran dalam bidang pendidikan namun begitu kajian tentang pengetahuan guru pelatih terhadap portfolio adalah masih kurang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan terhadap portfolio sebagai satu alat pentaksiran dalam kalangan guru pelatih PISMP opsyen Sains dan Matematik di IPG Kampus Ipoh. Kajian ini juga bertujuan untuk membuat perbandingan tahap pengetahuan terhadap portfolio sebagai satu alat pentaksiran dalam kalangan pelajar PISMP mengikut opsyen dan juga jantina. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan jenis ‘cross sectional’. Sampel kajian terdiri daripada 83 orang pelajar PISMP semester empat dari dua pengkhususan Sains dan Matematik. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik daripada skala lima poin Likert. Indeks ketekalan instrumen kajian ialah 0.881. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan keseluruhan guru pelatih PISMP bagi kedua-dua opsyen Sains dan Matematik terhadap portfolio sebagai satu alat pentaksiran berada di tahap yang sederhana (M = 3.43; SP=0.63). Namun begitu min tahap pengetahuan guru pelatih Sains (M = 3.67; SP = 0.48) adalah lebih tinggi berbanding guru pelatih Matematik (M = 3.22; SP = 0.67) manakala min guru pelatih perempuan (M = 3.51; SP = 0.54) adalah lebih tinggi daripada guru pelatih lelaki (M = 3.33; SP = 0.747). Kajian selanjutnya menggunakan lebih banyak sampel dari beberapa buah IPG lain perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang luas mengenai pengetahuan terhadap portfolio sebagai satu alat pentaksiran dalam kalangan guru pelatih PISMP opsyen Sains dan Matematik.

Abstract

Portfolio is a tool that is often used for assessment in the field of education, but the study of trainee teachers' knowledge of the portfolio is still limited. This study was conducted to determine the level of knowledge about the portfolio as an assessment tool among trainee teachers of Science and Mathematics options at IPG Campus Ipoh. This study also aimed to compare the level of knowledge of the portfolio as an assessment tool among trainee teachers of Science and Mathematics options and also between the genders. The design used in this study is survey type 'cross-sectional'. Sample of this study consists of 83 semester four trainee teachers from two options that are Science and Mathematics. The research instrument was a questionnaire from five point Likert scale. Consistency index of the instrument is 0881. It was found that overall knowledge level of trainee teachers for both Mathematics and Science options on the portfolio as an assessment tool is at the medium level (M = 3:43; SD = 0.63). However, the mean level of knowledge of trainee science teachers (M = 3.67: SD = 0.48) was higher than trainee mathematics teachers (M = 3.22: SD = 0.67) and the mean level of female trainee teachers’ knowledge (M = 3.51: SD = 0.54) was higher compared to the male trainee teachers (M = 3.33; SD = 0,747). Further study using a larger sample size from several other IPG should be conducted to gain a broad knowledge of the portfolio as a tool for assessment among trainee teachers of Science and Mathematics options.

Kata Kunci : Pengetahuan, portfolio, guru pelatih, alat pentaksiran 

AMALAN KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU PELATIH PISMP SAINS SEMESTER ENAM DI SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Ahamad Shabudin Yahaya, PhD

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan Darul Khusus
MALAYSIA


Abstrak

Amalan konstruktivisme merupakan satu pendekatan yang telah digunapakai secara meluas dalam bidang pendidikan namun begitu kajian dan penulisan tentang amalan konstruktivisme dalam kalangan guru pelatih PISMP Sains semasa praktikum adalah masih kurang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap amalan konstruktivisme dalam kalangan guru pelatih PISMP Sains semester 6 semasa praktikum dilaksanakan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sub komponen amalan konstruktivisme yang paling dominan digunakan semasa praktikum di samping mengenal pasti kekuatan dan kelemahan amalan konstruktivisme semasa praktikum dari persepsi guru pelatih. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan jenis ‘cross sectional’. Sampel kajian terdiri daripada 17 orang pelajar PISMP semester enam pengkhususan Sains. Kajian ini menggunakan instrumen Savassci (2006) yang berbentuk soal selidik berskala lima poin Likert. Indeks ketekalan instrumen kajian ialah 0.960. Dapatan kajian mendapati tahap amalan konstruktivisme dalam kalangan guru pelatih PISMP Sains semester 6 semasa praktikum adalah tinggi (M = 3.90; SP=0.70). Sub komponen amalan konstruktivisme yang paling dominan ialah belajar berkomunikasi (M = 4.09; SP = 0.91), diikuti dengan belajar tentang dunia luar (M = 4.08; SP = 0.62), belajar tentang Sains (M = 3.91; SP = 0.69), belajar mengemukakan pandangan (M = 3.74; SP =0.94) dan belajar dengan bermakna (M = 3.68; SP = 1.02). Guru pelatih mempunyai persepsi bahawa kekuatan amalan konstruktivisme adalah murid didapati terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains (20%); murid lebih mudah faham (20%) dan murid dapat merasai pengalaman sebenar pembelajaran (15%). Namun begitu guru pelatih mempunyai persepsi bahawa kelemahan dalam amalan konsruktivisme ialah kurang berkesan kepada murid yang lemah (33%); mengambil masa yang panjang (27%) dan kesukaran mengawal kelas/murid (16%). Kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas tentang amalan konstruktivisme dalam kalangan guru-guru pelatih PISMP.

Abstract

Constructivism practice is an approach that has been widely used in education however the writing and research about the study and the practices of constructivism among PISMP science trainee teachers during practicum is still lacking. This study was conducted to determine the level of constructivism practice among semester 6 science trainee teachers during the practicum implemented. This study was also aims to identify the most dominant sub-components of the constructivist practice used during the practicum and in addition to identify the strengths and weaknesses of the current practice of constructivism during practicum from the perception of trainee teacher. The design used in this study was cross-sectional survey type research. The sample consists of 17 trainee teachers of six semesters major in science. Savassci instruments (2006) was used for this study that is questionnaire in form of five point Likert scale. Consistency index of the instrument is 0.960. The study revealed that the practice of constructivism among PISMP semester 6 science trainee teachers during the practicum is high (M = 3.90; SD = 0.70). The most dominant sub- components of the constructivist practice among trainee teachers is learn to communicate (M = 4:09 ; SD = 0.91) followed by learn about the world (M = 4:08; SD = 0.62), learn about science (M = 3.91; SD = 0.62) , learning to speak out (M = 3.74; SD = 0.94) and learn to learn (M = 3.68; SD = 1:02). The strength of constructivist practices from trainee teachers’ perception is students actively involved in the teaching and learning of science (20%); students more easily to understand (20%) and students can experience real learning experience (15%). However, trainee teachers have the perception that the weakness of constructivist practices is less effective to the poor students (33 %), take a long time (27 %) and difficulty in controlling the class/students (16 %). It was suggested that further studies should be conducted to get a broader picture of the constructivism practice among PISMP trainee teachers .


Kata Kunci:       Amalan, guru pelatih, konstruktivisme, pengajaran pembelajaran Sains,                                    tinjauan

(Seminar Zon Sabah - 8 hingga 10 Okt 2013)

GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR PPG SAINS DI SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Ahamad Shabudin Yahaya, PhD

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan Darul Khusus
MALAYSIA

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis gaya pembelajaran (kategori rangsangan persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal) yang diamalkan oleh pelajar PPG Sains berasaskan Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti jenis kemahiran belajar (kemahiran membaca, mengurus masa, menulis nota, mendengar, membuat rujukan dan kemahiran menghadapi peperiksaan) yang dominan dalam kalangan pelajar Sains PPG kohort 1 di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Sampel kajian terdiri daripada 37 orang pelajar PPG semester empat kohort 1, Ambilan Julai 2011. Kajian ini menggunakan instrumen berbentuk soal selidik yang berskala empat poin iaitu daripada sangat tidak setuju kepada sangat setuju oleh Baharin et al. (2007). Indeks ketekalan instrumen bagi gaya pembelajaran ialah 0.776 manakala kemahiran belajar ialah 0.920. Data juga diperolehi daripada soalan terbuka yang dikemukan dalam instrumen soal selidik. Dapatan kajian mendapati jenis gaya pembelajaran utama yang diamalkan oleh pelajar PPG Sains adalah kategori emosional (M = 3.41, SP = 0.98), diikuti dengan kategori sosiologikal (M = 2.80, SP = 0.40), fizikal (M = 2.75, SP = 0.28),  psikologikal (M = 2.69, SP = 0.40) dan kategori persekitaran (M = 2.51, SP = 0.33). Manakala kemahiran belajar yang paling dominan ialah kemahiran mendengar (M = 3.15, SP = 0.42), diikuti dengan menulis nota (M = 3.09, SP = 0.33), membaca (M = 3.01, SP = 0.33), menghadapi peperiksaan (M = 2.99, SP = 0.49), membuat rujukan (M = 2.96, SP = 0.39), dan mengurus masa (M = 2.64, SP = 0.38). Kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas tentang gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan juga pencapaian akademik dalam kalangan guru-guru PPG serta guru-guru pelatih PISMP.

Abstract

This study aims to examine the types of learning styles (environment, emotional, sociological, physical and psychological stimulus category) that practiced by the PPG Science students’ based on Dunn & Dunn Learning Styles Model. This study also aims to identify the types of learning skills (reading skills, time management, writting notes, listening, making referrences and examination preparation skills) that dominant among the first cohort of PPG Science students in IPG Technical Education Campus. The sample consists of 37 PPG students’ of semester four cohort 1, July 2011 intake. Instruments used for this study based on the questionnaire four-point scale ranging from strongly disagree to strongly agree by Baharin et al. (2007). Consistency index of the learning styles instrument is 0.776 while learning skills is 0.920. Data were also obtained from the open questions presented in the questionnaire. Results showed that the main learning styles practiced by the PPG Science students is emotional category (M = 3:41, SD = 0.98), followed by sociological category (M = 2.80, SD = 0.40), physical (M = 2.75, SD = 0.28), psychological (M = 2.69, SD = 0.40) and the environment category (M = 2.51, SD = 0.33). While the most dominant learning skills is listening (M = 3:15, SD = 0.42), followed by writing notes (M = 3:09, SD = 0.33), reading (M = 3.01 SD = 0.33), the examination preparation skills (M = 2.99 SD = 0.49), making references (M = 2.96, SD = 0.39), and time management skills (M = 2.64, SD = 0.38). Further studies should be conducted to get a broader description about learning styles, study skills and academic achievement among the PPG teachers and PISMP trainee teachers.

Kata Kunci:     Gaya pembelajaran, kemahiran belajar, model Dunn & Dunn, pelajar PPG, pengajaran dan                pembelajaran

(Jurnal Teknokrat 2013)


PENGETAHUAN, KESEDARAN DAN AMALAN TERHADAP PENGGUNAAN
TENAGA ELEKTRIK DALAM KALANGAN WARGA SEBUAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Norisah Mohamed Nor
Normah Abdul Aziz
Ellyza Karim

Jabatan Sains

Ahamad Shabudin Yahaya, PhD

Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi


Abstrak

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang tahap pengetahuan tentang sumber tenaga elektrik, kesedaran dan amalan terhadap penggunaan tenaga elektrik dalam kalangan pelajar dan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Jumlah sampel yang terlibat dalam kajian ini berjumlah 138 orang iaitu terdiri daripada 90 orang pelajar PISMP dan 48 orang pensyarah. Semua data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach antara 0.721 hingga 1.00. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan warga IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap sumber tenaga elektrik berada di tahap yang sederhana dengan min pengetahuan pelajar (M = 62.46, SP = 16.99) dan pensyarah (M = 67.19, SP = 19.17). Walaubagaimanapun tahap kesedaran terhadap penggunaan tenaga elektrik di IPG Kampus Pendidikan Teknik berada di tahap yang tinggi dalam kalangan pelajar (M = 84.97, SP = 14.62) dan pensyarah (M = 90.51, SP = 10.50). Begitu juga dengan amalan terhadap penjimatan tenaga elektrik yang juga berada di tahap yang tinggi dalam kalangan pelajar (M = 3.25, SP = 0.57) dan pensyarah (M = 3.53, SP = 0.36). Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa kesedaran dan amalan terhadap penggunaan tenaga elektrik dalam kalangan warga IPG Kampus Pendidikan Teknik berada di tahap yang memuaskan. Namun begitu usaha dan tindakan bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan terhadap sumber tenaga elektrik dalam kalangan warga kampus ini masih perlu dijalankan bagi memastikan matlamat menjadikan kampus IPGKPT lestari dapat dicapai sepenuhnya di masa hadapan.

Abstract

The objective of this study was to investigate the level of knowledge toward electrical energy resouces, awareness and practice on the use of electrical energy among the students and lecturers of the Teacher Education Institute Technical Education Campus. The total samples involved in this study are 138 people which consist of 90 PISMP students and 48 lecturers. All data were collected using questionnaires which the Alpha Cronbach values between 0.721 to 1.00. The finding of this study revealed that the level of knowledge among the members of IPG Technical Education Campus towards the electrical energy resouces are at a medium level with the mean of students’ knowledge ( M = 62.46 , SD = 16.99 ) and lecturers (M = 67.19 , SD = 19.17). However, the awareness level of electrical energy consumption in the Institute of Technical Education Campus are high among students (M = 84.97, SD = 14.62) and lectures (M = 90.51 , SD = 10.50) . Similarly, the electrical energy saving practice were also at a high level among students (M = 3.25, SD = 0.57) and lecturers (M = 3.53 , SD = 0.36). Generally it can be concluded that the awareness and practice of utilizing electrical energy among the members of IPG Technical Education Campus were at satisfied level. Yet efforts and actions to improve the level of knowledge towards electrical energy resources among the members of this campus still needs to be conducted to ensure that the goal of having sustainable campus are fully achieved in the future.


Kata Kunci:    Pengetahuan, kesedaran , amalan, pengunaan tenaga elektrik,  warga kampus lestari

(Jurnal Teknokrat, 2014)


PENGETAHUAN TERHADAP KITAR SEMULA SISA PEPEJAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN GURU PELATIH

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Ahamad Shabudin Yahaya, PhD

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
Bandar Enstek, Nilai, Malaysia

Abstrak

Tinjauan awal terhadap sorotan literatur menunjukkan masih wujudnya pelbagai persoalan dan dapatan yang saling bercanggah dan tidak selari dalam kajian-kajian yang lalu mengenai persoalan tentang hubungan antara pengetahuan tentang alam sekitar dengan tingkah laku alam sekitar dalam kalangan para penyelidik. Analisis terhadap persoalan ini khususnya di Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat ruang yang luas kerana kurangnya kajian dilakukan terhadap pemboleh ubah tingkah laku yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan tentang kitar semula sisa pepejal dan hubungannya dengan tingkah laku pengguna alam sekitar dan juga tingkah laku aktivis non-politik alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI di sebuah IPG. Walau bagaimanapun dapatan kajian ini mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan tentang kitar semula sisa pepejal dengan tingkah laku pengguna alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI (r = .096, n = 50, p > .05) dan juga tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan tentang kitar semula sisa pepejal dengan tingkah laku aktivis non-politik alam sekitar dalam kalangan guru pelatih KPLI (r = .098, n = 50, p > .05) pada aras kesignifikan α = 0.05. Kajian lanjut dengan menggunakan lebih banyak sampel perlu dilakukan bagi mendapatkan gambaran yang lebih luas tentang aspek yang dikaji.

      Kata Kunci:    tingkah laku alam sekitar, pengetahuan tentang kitar semula sisa pepejal,               guru pelatih

     (Seminar MADK, 2014)


AMALAN KONSTRUKTIVISME GURU PELATIH PISMP DAN GURU PPG SAINS DI IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Jabatan Sains
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
Bandar Enstek, Negeri Sembilan, Malaysia

Ahamad Shabudin Yahaya, PhD
Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
Bandar Enstek, Negeri Sembilan, Malaysia

Abstrak

Amalan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sains merupakan satu pendekatan yang telah lama digunapakai secara meluas namun begitu sejauhmana amalan tersebut dipraktikkan oleh guru pelatih PISMP Sains berbanding dengan guru PPG Sains masih menimbulkan persoalan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap amalan konstruktivisme dalam kalangan guru pelatih PISMP dan guru PPG opsyen Sains. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sub komponen amalan konstruktivisme yang paling dominan dipraktikkan dalam kalangan guru pelatih PISMP dan guru PPG opsyen Sains di samping mengenal pasti kekuatan dan kelemahan amalan konstruktivisme dari pandangan guru pelatih PISMP dan juga guru PPG opsyen Sains. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah tinjauan jenis ‘cross sectional’. Sampel kajian terdiri daripada 17 orang pelajar PISMP dan 12 orang guru PPG opsyen Sains. Kajian ini menggunapakai instrumen Savassci (2006) yang berbentuk soal selidik berskala lima poin Likert dengan indeks ketekalan instrumen bernilai 0.960. Dapatan kajian ini mendapati tahap amalan konstruktivisme dalam kalangan guru pelatih PISMP Sains adalah tinggi (M = 3.90; SP=0.70) berbanding dengan guru PPG Sains (M = 3.22; SP = 0.48). Sub komponen amalan konstruktivisme yang paling dominan dalam kalangan guru pelatih PISMP ialah belajar berkomunikasi (M = 4.09; SP = 0.91), diikuti dengan belajar tentang dunia luar (M = 4.08; SP = 0.62), belajar tentang Sains (M = 3.91; SP = 0.69), belajar mengemukakan pandangan (M = 3.74; SP =0.94) dan belajar dengan bermakna (M = 3.68; SP = 1.02) manakala sub-komponen yang paling dominan dalam amalan konstruktivisme guru PPG Sains ialah belajar tentang sains (M = 3.43; SP = 0.56), diikuti dengan belajar berkomunikasi (M = 3.35; SP = 0.63), belajar tentang dunia luar (M = 3.28; SP = 0.38), belajar mengemukakan pandangan (M = 3.12; SP = 0.71), dan belajar dengan bermakna (M = 2.90; SP = 0.84). Kajian selanjutnya perlu dijalankan dengan menggunakan lebih banyak sampel untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas tentang amalan konstruktivisme dalam kalangan guru-guru pelatih PISMP dan juga guru PPG opsyen Sains.

Kata Kunci: Amalan, guru pelatih, guru, konstruktivisme, pengajaran pembelajaran                                                  Sains, tinjauan

(Seminar Jabatan Sains, 2014)



PROJEK KEMAHIRAN HIDUP KOLAM TERNAKAN IKAN OLEH MURID-MURID
 BERKEPERLUAN KHAS: SATU KAJIAN KES

Kartini Abdul Mutalib, Ph.D
Normah Abdul Aziz
Muhammad Ab Rahman, Ph.D
Haliza Hamzah
Asma Muda
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Ensteks, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Habsah Yusof
IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

emel:  dr_tini@yahoo.com

Abstrak

Akta Pendidikan 1996 di Malaysia menjelaskan bahawa murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik, jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk mengkaji kesesuaian amalan guru pelatih menggunakan kaedah projek membina kolam ternakan ikan bagi murid-murid keperluan khas dalam subjek Kemahiran Hidup. Kajian ini dilakukan menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif iaitu berbentuk kajian kes. Data dikutip menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan juga rakaman foto. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan guru pelatih menggunakan kaedah projek telah berjaya membantu murid-murid keperluan khas membina kolam ikan dalam subjek Kemahiran Hidup. Projek kolam ikan juga dapat membina nilai-nilai murni, kemahiran interpersonal serta memupuk minat-tumpuan-tindakbalas dalam kalangan murid-murid tersebut.

Kata Kunci:      Murid keperluan khas, kaedah projek, Kemahiran Hidup, kajian kes

(Seminar Universiti Malang 10 Mei, 2014)


PENGETAHUAN DAN KOMITMEN GURU PELATIH TERHADAP PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Kartini Abdul Mutalib, Ph.D
Ahamad Shabudin Yahaya, Ph.D
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai,
71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan

dr_tini@yahoo.com
drshabudin@yahoo.com

Abstrak

Pendidikan Alam Sekitar mula disepadukan sebagai elemen merentas kurikulum bagi semua subjek mulai tahun 1998 di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Namun begitu subjek ini tidak ditawarkan kepada guru pelatih PISMP di Institut Pendidikan Guru. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan peranan guru pelatih opsyen Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) terhadap elemen Pendikan Alam Sekitar merentas kurikulum. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmanakah komitmen guru pelatih opsyen Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum di sekolah. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan guru pelatih opsyen Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) terhadap Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum berada di tahap yang tinggi (M = 4.42; SP = 0.35). Tahap pengetahuan terhadap peranan guru dalam melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga didapati berada di tahap yang tinggi (M = 4.37; SP = 0.38). Guru pelatih juga sanggup memberikan komitmen bagi melaksanakan Pendikan Alam Sekitar merentas kurikulum khususnya secara non-formal di sekolah di samping komitmen terhadap amalan gaya hidup lestari. Kajian selanjutnya menggunakan lebih banyak sampel dari beberapa buah IPG lain perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang luas mengenai pengetahuan guru pelatih terhadap elemen penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum di sekolah.

Abstract

Environmental Education was integrated as an element across the curriculum for all subjects since 1998 in schools throughout Malaysia. However this subject is not offered to the PISMP trainee teachers in the Institute of Teacher Education. Therefore this study was done to determine the level of knowledge and the role of trainee teachers’ option of Design and Technology (RBT) towards the Environmental Education element across the curriculum. The study also aims to identify to what extent the commitment of the trainee teachers’ options Design and Technology (RBT) to implement the Environmental Education across the curriculum in schools. This study indicates that the level of knowledge of trainee teachers option Design and Technology (RBT) towards the Environmental Education across the curriculum is at the high level (M = 4.42; SD = 0.35). Level of knowledge about the role of teachers in implementing Environmental Education across the curriculum also appears to be at a higher level (M = 4.37; SD = 0.38). Trainee teachers are also willing to give their commitment in implementing Environmental Education across the curriculum in school, especially in the non-formal ways as well as giving their commitment towards the sustainable lifestyle. Further study using a larger sample size from several other IPG should be conducted to get a broad overview of the trainee teachers' knowledge towards the element of Environmental Education across the curriculum in schools.

Kata Kunci:         Pendidikan Alam Sekitar, pengetahuan, komitmen, peranan, guru pelatih

(Seminar Zon Tengah 6-7 Ogos 2014)



PENGETAHUAN DAN SIKAP TERHADAP MENGITAR SEMULA SISA PEPEJAL DALAM
KALANGAN GURU PELATIH

Ahamad Shabudin Yahaya, Ph.D
Kartini Abdul Mutalib, Ph.D
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendididikan Nilai,
71760 Bandar ENSTEK, Negeri Sembilan

drshabudin@yahoo.com
dr_tini@yahoo.com

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan sikap terhadap mengitar semula sisa pepejal guru-guru pelatih PISMP opsyen Sains dan Reka Bentuk Teknologi (RBT) di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Kajian ini juga bertujuan untuk membandingkan tahap pengetahuan dan sikap terhadap mengitar semula sisa pepejal dalam kalangan guru pelatih tersebut mengikut opsyen dan jantina. Reka bentuk kajan yang digunakan ialah tinjauan dan instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berskala lima poin Likert. Indeks ketekalan instrumen bagi kajian rintis ialah 0.828. Sampel kajian berjumlah 56 orang terdiri daripada pelajar PISMP semester tujuh dari dua pengkhususan iaitu Sains dan Reka Bentuk Teknologi. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan keseluruhan guru pelatih PISMP bagi kedua-dua opsyen Sains dan RBT terhadap mengitar semula sisa pepejal berada di tahap yang tinggi (M = 4.21; SP = 0.38) manakala tahap sikap keseluruhan guru pelatih terhadap mengitar semula sisa pepejal berada di tahap sederhana (M = 3.24, SP = 0.65). Namun begitu min tahap pengetahuan (M = 4.25; SP = 0.36) dan min sikap guru pelatih RBT (M= 3.27, SP = 0.74) adalah lebih tinggi berbanding dengan min pengetahuan (M = 4.13, SP = 0.41) dan min sikap guru pelatih Sains (M = 3.19; SP = 0.46). Min pengetahuan terhadap mengitar semula sisa pepejal guru pelatih perempuan (M = 4.23; SP = 0.37) adalah lebih tinggi daripada guru pelatih lelaki (M = 4.19; SP = 0.39) tetapi min sikap terhadap mengitar semula sisa pepejal guru pelatih lelaki (M = 3.27, SP = 0.77) adakah lebih tinggi berbanding min guru pelatih perempuan (M = 3.20, SP = 0.50). Kajian selanjutnya di masa hadapan perlulah melibatkan sampel guru pelatih dari beberapa buah IPG di Malaysia untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam mengenai pengetahuan dan sikap terhadap mengitar semula sisa pepejal dalam kalangan guru pelatih PISMP.

Kata Kunci:         Pengetahuan, sikap, mengitar semula sisa pepejal, guru pelatih, Sains, Reka                               Bentuk Teknologi

(Seminar Zon Tengah 6-7 Ogos 2014)

ANUGERAH SEKOLAH LESTARI: SATU KAJIAN KES

Ahamad Shabudin Yahaya, PhD
Kartini Abdul Mutalib, PhD

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, N.Sembilan

Abstrak

Institusi lestari diwujudkan dengan tujuan untuk melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara dan bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar serta pembangunan lestari adalah selaras dengan prinsip-prinsip Pembangunan Mampan seperti yang tercatat dalam Agenda 21. Kajian kes ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji faktor-faktor penyebab utama yang menjadi penyumbang kepada kejayaan SK Presint 9 Putrajaya, dianugerahkan sebagai sekolah lestari 2013 oleh pihak Perbadanan Putrajaya. Data bagi kajian ini dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan juga analisis dokumen yang dijalankan selama dua minggu. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat empat faktor yang telah dikategorikan sebagai penentu kepada kejayaan sekolah lestari SK Presint 9 Putrajaya, iaitu faktor guru, faktor pentadbir (pihak pengurusan), faktor kewangan dan faktor murid. Antara tema yang ditemui dalam kategori faktor guru ialah pengetahuan, sikap dan komitmen, manakala tema bagi kategori pengurusan ialah sokongan, pengiktirafan dan motivasi. Bagi kategori faktor murid, tema yang ditemui ialah pengiktirafan, sikap dan juga komitmen. Namun begitu, kajian lanjut melibatkan lebih ramai sampel kajian perlu dilakukan khususnya dalam kalangan guru dan murid untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih menyeluruh tentang sekolah lestari dalam kalangan warga sekolah.


Kata Kunci:  sekolah lestari, kajian kes, pembangunan mampan, institusi lestari

 (Jurnal Teknokrat. 2014)

KEMAHIRAN BELAJAR DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR PISMP SEMESTER EMPAT PENGKHUSUSAN SAINS DI SEBUAH INSTITUT
PENDIDIKAN GURU

Kartini Abdul Mutalib 1, Ahamad Shabudin Yahaya 1 , Haslinah Abdullah1 ,
Fazali Hashim1, Haliza Hamzah 1,  Normah Abdul Aziz 1

1IPGK Pendidikan Teknik, Bandar Enstek
 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan

fazali910@gmail.com
nurwafi0002@yahoo.co.uk
noermah2002@yahoo.co.uk


Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian akademik pelajar PISMP pengkhususan Sains Pendidikan Rendah semester empat di IPG Kampus Pendidikan Teknik serta jenis kemahiran belajar yang paling dominan dikuasai. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti jenis kemahiran belajar yang paling kurang dikuasai dalam kalangan pelajar-pelajar tersebut. Sampel bagi kajian ini melibatkan hanya satu kelas pengkhususan Sains iaitu seramai 16 orang pelajar PISMP tahun dua. Data-data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui pentadbiran soal selidik daripada kajian lalu oleh Baharin, Othman, Syed Mohd Shafeq & Haliza (2007). Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini ialah 0.933. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min pencapaian akademik pelajar PISMP semester 4 pengkhususan Sains berada di tahap kepujian (M = 3.50, SP = 0.17) sahaja setelah tiga semester menjalani pengajian. Min keseluruhan bagi kemahiran belajar ialah 2.79 dengan sisihan piawai sebanyak 0.29. Kemahiran belajar yang paling dominan dikuasai oleh pelajar PISMP pengkhususan Sains semester 4 ialah kemahiran membaca (M= 2.95, SP = 0.33) dan juga kemahiran mendengar (M = 2.95, SP  = 0.38). Ini dikuti dengan kemahiran menghadapi peperiksaan (M = 2.88, SP = 0.39); kemahiran membuat rujukan (M = 2.75, SP = 0.34) dan kemahiran menulis nota (M = 2.75, SP = 0.31). Min kemahiran belajar yang yang paling kurang dikuasai ialah kemahiran menguruskan masa (M = 2.44, SP = 0.47). Oleh itu adalah dicadangkan supaya para pelajar ini diberikan pendedahan mengikuti kursus-kursus tentang teknik-teknik kemahiran belajar serta kursus-kursus motivasi bagi menambahbaik pencapaian akademik masing-masing pada semester yang akan datang seterusnya menjadi bakal guru yang sangat kompeten, berdaya saing dan berjiwa pendidik selaras dengan misi dan visi IPGM.

Abstract


This study aimed to identify the level of academic achievement and the most dominant types of study skills practice among PISMP semester four Science Primary Education students’ at IPG Kampus Technical Education. In addition, this study also aims to identify the least types of study skills mastered among the students. The sample of this study involved only one science class which consists of 16 PISMP second year students. The data were collected using the survey method through the administration of questionnaire of past research by Baharin, Othman, Syed Mohd Shafeq & Haliza (2007). The reliability of this instrument is 0.933. The findings showed that the PISMP semester 4 Science students’ academic achievement mean is at the moderate level (M = 3.50, SD = 0.17) after undergoing three semester of the program. The overall mean for study skills was 2.79 with the standard deviation of 0.29. The most dominant study skills mastered by PISMP fourth semester Science students is reading skills (M = 2.95, SD = 0.33) and listening skills (M = 2.95, SD = 0.38). This is followed by the examination skills (M = 2.88, SD = 0.39); reference skills (M = 2.75, SD = 0.34) and writing notes skills (M = 2.75, SD = 0.31). The types of study skills least mastered among the students is the time management skills (M = 2.44, SD = 0.47). Therefore it is recommended that the students should be exposed to any courses on the techniques of study skills and also to the motivation courses in helping them to improve their academic performance at the upcoming semester and therefore will become as a very competent teacher, competitive and spirited educator as stated in the IPGM’s mission and vision.

Kata kunci: kemahiran belajar, pencapaian akademik, kemahiran mengurus masa, kemahiran membaca

      (Jurnal Teknokrat, 2015)
TEORI DAN MODEL DALAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR: SUATU PANDANGAN

1Ahamad Shabudin Yahaya, PhD
2Kartini Abdul Mutalib, PhD

1Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi
2Jabatan Sains
IPG Kampus Pendidikan Teknik
71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Abstrak

Kertas konsep ini ditulis dengan dua tujuan iaitu untuk membincangkan pelbagai definisi dan matlamat berkaitan dengan Pendidikan Alam Sekitar dan juga untuk membandingkan beberapa teori dan model yang digunapakai dalam Pendidikan Alam Sekitar. Kajian ini menggunakan kaedah rujukan perpustakaan di mana semua bahan bacaan berkaitan dengan definisi, matlamat, teori dan juga model dalam Pendidikan Alam Sekitar dianalisis dan dinilai daripada  dokumen-dokumen, tesis-tesis berkaitan dan juga daripada artikel dalam jurnal-jurnal Pendidikan Alam Sekitar. Dapatan kajian ini mendapati bahawa definisi Pendidikan Alam Sekitar dapat disimpulkan sebagai satu proses pendidikan ke arah memupuk individu yang mempunyai pengetahuan, kesedaran, sikap, kemahiran, motivasi, komitmen dan tingkahlaku ke arah memelihara alam sekitar di samping bertanggungjawab dan terlibat dalam menyelesaikan masalah alam sekitar serta aktif memperjuangkan hak dalam usaha memulihara dan memelihara alam sekitar untuk kepentingan generasi yang akan datang. Pemboleh ubah lain yang juga ditemui dalam definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah efikasi kendiri (self efficacy), respon kendiri (self response) serta juga kewarganegaraan (citizenship). Kajian ini juga mendapati terdapat pelbagai model dan teori yang telah digunapakai dalam Pendidikan Alam Sekitar, dan kebanyakan teori serta model yang telah dianalisis mempunyai idea dan juga pandangan yang hampir sama dalam menghubungkaitkan antara pemboleh-pemboleh ubah utama Pendidikan Alam Sekitar dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Alam Sekitar. Sehingga kini terdapat pelbagai bukti nyata yang telah berjaya dijelaskan secara statistik oleh ramai penyelidik terhadap saling hubungan antara pemboleh ubah-pembolehubah yang wujud dalam Pendidikan Alam Sekitar.

Kata Kunci:    Pendidikan Alam Sekitar, Teori Pendidikan Alam Sekitar, Model Pendidikan Alam                              Sekitar

(Jurnal Pendidikan Cemerlang, 2016)

APLIKASI TEORI ‘WHOLE BRAIN’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS : SATU KAJIAN KES

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai,
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
hp: 017-4661032
pej:06-7979 600 ext 638
fax: 06-7979 699
emel:dr_tini@yahoo.com

Ahamad Shabudin Yahaya, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai,
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
hp: 017-3539238
pej:06-7979 600 ext 682
fax: 06-7979 699
emel:drshabudin@yahoo.com

Abstrak

Kajian kes ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti kesan aplikasi teori ‘Whole Brain” dalam pengajaran dan pembelajaran sains sewaktu guru pelatih menjalani praktikum fasa ketiga di sekolah rendah. Data bagi kajian ini dikumpulkan melalui tiga jenis kaedah iaitu pemerhatian, catatan jurnal refleksi dan juga temu bual. Dapatan kajian ini mendapati bahawa aplikasi teori ‘Whole Brain” dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah memberikan kesan yang positif terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran sains. Hasil analisis pemerhatian mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam perlakuan guru serta tingkah laku murid dalam aspek kawalan dan pengurusan kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Hal ini disokong dengan analisis catatan jurnal refleksi guru yang menunjukkan bahawa aspek kawalan kelas guru dan aspek disiplin murid telah dapat ditambahbaik. Murid yang ditemu bual juga bersetuju bahawa keadaan pembelajaran menjadi lebih terkawal, tersusun dan menarik apabila guru menggunakan teori tersebut. Selain daripada tema pengajaran guru terdapat juga dua tema lain yang ditemui kesan aplikasi teori ‘Whole Brain” dalam pengajaran dan pembelajaran sains iaitu pembelajaran murid dan juga elemen abad 21. Namun begitu, kajian lanjut melibatkan lebih ramai sampel kajian boleh dilakukan di masa hadapan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kesan aplikasi teori ‘Whole Brain” dalam pengajaran dan pembelajaran.

Abstract

This case study is carried out to identify the effects of the Whole Brain theory application in the teaching and learning of science during teacher trainees’ third phase practicum in primary schools. The data of this study were collected using three different kind of methods that are observation, reflection journal writing and interview. The study found that the application of the Whole Brain theory in the teaching and learning of science has a positive impact on the quality of teaching and learning science. The results of the observation analysis found that there was an increase in teachers’ behavior and students’ behavior in terms of the class control and management during the teaching and learning of science. It is supported by an analysis of teachers’ reflection journal which indicated that the aspects of class control of the teachers and the students’ discipline has been improved. Students interviewed also agreed that learning condition becomes more regulated, orderly and attractive when teachers used the theory. Apart from the theme of teaching, there are also another two themes that found as the effect of the Whole Brain theory application in science teaching that are students' learning theme and also the elements of the 21st century theme. However, further studies involving more samples can be done in the future in order to get more information and comprehensive picture towards the impact of the Whole Brain theory application in teaching and learning.

Kata Kunci:  teori ‘Whole Brain”, kajian kes, kawalan kelas, pengajaran dan                                 pembelajaran sains

(Seminar dan Prosiding UPI Bandung, 15-17 Sept 2015)


INOVASI ‘M-BIN’ : PENDIDIKAN DAN PEMUPUKAN  SIKAP TERHADAP
ALAM SEKITAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Ahamad Shabudin Yahaya, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai,
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
hp: 017-3539238
pej:06-7979 600 ext 682
fax: 06-7979 699
emel:drshabudin@yahoo.com

Kartini Abdul Mutalib, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai,
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
hp: 017-4661032
pej:06-7979 600 ext 638
fax: 06-7979 699
emel:dr_tini@yahoo.com

Abstrak

Kajian ini secara khususnya bertujuan untuk mengenal pasti sikap dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap tingkah laku mengitar semula tin aluminium selepas produk inovasi M-BIN (Mesra BIN) diperkenalkan. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Data bagi kajian ini dikumpulkan melalui triangulasi tiga jenis kaedah iaitu pemerhatian, soal selidik dan juga temu bual. Hasil pemerhatian selama lima bulan mendapati terdapat peningkatan dalam tingkah laku mengitar semula tin aluminium dengan menggunakan produk inovasi M-BIN. Data pemerhatian ini disokong dengan dapatan soal selidik yang menunjukkan pengetahuan guru pelatih terhadap kitar semula sisa pepejal berada di tahap yang tinggi (M = 4.21; SP = 0.38) manakala sikap guru pelatih terhadap kitar semula sisa pepejal berada di tahap yang sederhana (M = 3.24, SP = 0.65) semasa projek inovasi M-BIN dijalankan. Guru-guru pelatih yang ditemu bual juga bersetuju bahawa projek inovasi M-BIN telah membantu mereka memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di samping dapat memotivasikan tingkah laku mereka untuk mengitar semula tin aluminium. Berdasarkan dapatan kajian, adalah dicadangkan agar lebih banyak produk inovasi berkaitan dengan pendidikan alam sekitar seperti projek inovasi M-BIN dihasilkan di masa hadapan  bagi membantu dalam pendidikan dan pemupukan sikap yang positif terhadap alam sekitar.

Kata Kunci:  inovasi ‘M-BIN’, mengitar semula tin aluminum, sikap, tingkah laku,                       kesedaran alam sekitar

(Seminar dan Prosiding UPI Bandung, 15-17 Sept 2015)

KEPERCAYAAN DAN KESEDIAAN GURU-GURU PELATIH UNTUK MELAKSANAKAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI, MAKLUMAT DAN MEDIA DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Ahamad Shabudin Yahaya, Ph.D
Kartini Abdul Mutalib, Ph.D
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendididikan Nilai,
71760 Bandar ENSTEK, Negeri Sembilan

drshabudin@yahoo.com
dr_tini@yahoo.com

Abstrak

Kemahiran Teknologi, Maklumat dan Media merupakan salah satu kemahiran yang dihasratkan dalam Kerangka Pembelajaran Abad ke-21 selari dengan persekitaran global yang memerlukan pelajar mempunyai kemahiran teknologi. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kepercayaan dalam diri guru-guru pelatih pengkhususan Reka Bentuk Teknologi untuk melaksanakan kemahiran teknologi, maklumat dan media dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru-guru pelatih untuk melaksanakan kemahiran teknologi, maklumat dan media dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Reka bentuk kajan yang digunakan ialah tinjauan dan instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berskala empat poin Likert. Sampel kajian berjumlah 43 orang terdiri daripada guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester enam dari pengkhususan Reka Bentuk Teknologi di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Instrumen soal selidik ditadbirkan secara bersemuka dengan resonden kajian bagi mengumpulkan data. Dapatan kajian mendapati bahawa min kepercayaan dalam diri guru-guru pelatih pengkhususan Reka Bentuk Teknologi untuk melaksanakan kemahiran teknologi, maklumat dan media dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah berada di tahap yang tinggi iaitu 92.45% dan sisihan piawai berjumlah 10.09 manakala min kesediaan untuk melaksanakan kemahiran teknologi, maklumat dan media dalam pengajaran dan pembelajaran berada di tahap sederhana iaitu 65.81 dengan sisihan piawai bernilai 17.89. Implikasinya adalah guru-guru pelatih RBT masih perlu diberi kursus-kursus sebagai persediaan menghadapi situasi sebenar di sekolah. Kajian selanjutnya di masa hadapan perlulah melibatkan sampel guru pelatih dari beberapa buah IPG di Malaysia untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam mengenai kepercayaan dan kesediaan untuk melaksanakan kemahiran teknologi, maklumat dan media dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam kalangan guru-guru pelatih.

         Kata Kunci:  Kepercayaan, kesediaan, kemahiran teknologi, maklumat dan media

Technology, Information and Media Skill is one of the skill that desired in the Framework of the 21st Century Learning in line parallel with the global environment that require students to master the technological skills. This study was conducted to identify the belief of the trainee teachers’ of Design & Technology option to implement the technology skills, information and media in teaching and learning in schools. In addition, this study also aims to identify the readiness of the trainee teachers’ to implement the technology skills, information and media in their teaching and learning. The research design used in this study is a survey design and the instrument was a questionnaire with four-point Likert scale. The research samples consists of 43 teacher trainees of Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester six, specialization in Design & Technology at Institute of Teacher Education, Technical Education Campus. The questionnaires  were administered through face to face with the respondent to collect the data. This study found that the mean of the teacher trainees’ belief to implement the technological skills, information and media in teaching and learning in schools is on the high level of 92.45% with a standard deviation of 10.09, while the readiness to implement the technological skills, information and media in teaching and learning is at the moderate level of 65.81% with a standard deviation of 17.89. The implication of this study showed that the trainee teachers’ of the Reka Bentuk & Teknologi (RBT) option are still needs to attend courses as preparation for them to encounter the actual situation in schools. Further study in the future should involve more teacher trainees samples from several IPG in Malaysia to gain a deeper insight about the belief and readiness to implement the technological skills, information and media in teaching and learning in schools among teacher trainees.

(Seminar SKEPEN 16-17 Dis 2015)

No comments:

Post a Comment