Friday, 3 December 2010

KUALITI HATI


 Cantiknya hati, manislah iman....Mengapa soal hati adalah penting? Hati adalah kuasa penggerak dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran nescaya ia menjana pelbagai kebaikan, keindahan dan kejayaan....sebaliknya jika hati penuh dengan kebatilan, kedengkian dan kemarahan maka lahirlah kejahatan. Jika hati tidak berkualiti, nikmat yang banyak dirasakan tidak cukup, lupa hendak bersyukur dan diperhambakan oleh hawa nafsu serta syaitan ke arah kejahatan. Tetapi orang yang merasai kemanisan iman akan merasai keindahan hati. Bersihkan lah hati kita dengan sentiasa membasahi bibir dengan zikirullah.

 Mari berkongsi mendengar lagu ini

 Zikir Taubat dan Doa

doaharian.blogspot.com/


 


 


Sunday, 31 October 2010

SAINS PPISMP SEMESTER 1

Salam Sejahtera. Bahan-bahan P&P untuk tujuan ulangkaji dan eksperimen boleh diakses di sini. Tajuk kuliah ialah berkaitan dengan sel eukaryotik & prokaryotik; sel haiwan dan tumbuhan; organel; sel khusus tumbuhan; sel khusus haiwan; air; karbohidrat; lipid; protein; asid amino; dan nukleik asid. bahan P&P yang lain adalah tajuk yang berkaitan dengan pergerakan melalui membran sel seperti pengangkutan pasif; pengangkutan aktif; endositosis dan eksositosis. Mari meneroka bahan-bahan berikut:

owensville.k12.mo.us/.../Cells/Plant%20&...
www.pc.maricopa.edu/.../Cell%20Structure%20and%20Function.pdf
www.chipola.edu/instruct/science/.../bscppt/...ppt/alters1e_ppt_ch05.ppt
faculty.sgc.edu/asafer/BIOL1107/chapt04_lecture.ppt
www.hershey.k12.pa.us/5603_7082141021/.../CellStructure&Function.ppt

Sunday, 1 August 2010

SEL: UNIT ASAS KEHIDUPAN

Apakah sel? Sel adalah unit asas bagi kehidupan. sel berbeza dari segi saiz, bentuk dan kandungannya bergantung kepada fungsinya. Sel adalah sangat kecil berjulat antara 1 mikrometer (sel bakteria) sehingga kepada 100 mikrometer (sel tumbuhan).
Pelbagai maklumat tentang sel boleh diperolehi dari laman web berikut:

web.jjay.cuny.edu/~acarpi/NSC/13-cells.htm
www.science-class.net/PowerPoints/Cell_structure_function.ppt
www.youtube.com/watch?v=dA5RfoGiupM

Sunday, 3 January 2010

TEORI SEL DAN SEJARAH

Siapakah yang menemui sel? Sel pertama kali ditemui oleh Robert Hooke pada tahun 1963. Tiga fakta utama teori sel ialah:
  • Semua benda hidup atau organisma terbina daripada sel
  • Sel baru dihasilkan oleh sel yang lama dengan cara membahagi dua secara mitosis.
  • Sel adalah unit asas kehidupan.
Teori sel adalah benar bagi semua hidupan, sama ada hidupan yang bersaiz besar atau kecil, ringkas atau kompleks. Mempelajari tentang sel dan bagaimana sel berfungsi membolehkan kita mempelajari semua jenis hidupan. Nilai murni: Kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan dan ciptaan Allah SWT.
www.worldofteaching.com/powerpoints/.../The%20Cell%20Theory.ppt

Friday, 1 January 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat mengunjungi blog ini. Semoga segala ilmu yang kita kongsi bersama akan dapat dimanfaatkan di dunia dan di akhirat. Terima kasih kerana melayari blog ini dan juga menjadi ahlinya. Saya kini bertugas di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Ensteks, Negeri Sembilan mulai Jan 2013.