Cantiknya hati, manislah iman....Mengapa soal hati adalah penting? Hati adalah kuasa penggerak dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran nescaya ia menjana pelbagai kebaikan, keindahan dan kejayaan....sebaliknya jika hati penuh dengan kebatilan, kedengkian dan kemarahan maka lahirlah kejahatan. Jika hati tidak berkualiti, nikmat yang banyak dirasakan tidak cukup, lupa hendak bersyukur dan diperhambakan oleh hawa nafsu serta syaitan ke arah kejahatan. Tetapi orang yang merasai kemanisan iman akan merasai keindahan hati. Bersihkan lah hati kita dengan sentiasa membasahi bibir dengan zikirullah.
Mari berkongsi mendengar lagu ini
No comments:
Post a Comment